kisah teladan

IBU YANG MELUPAI KEMATIAN ANAKNYA


  Syeikh Thabit Al Banani sentiasa menziarah ketanah perkuburan pada setiap hari jumaat.ketika menziarah kubur-kubur tersebut,dia bermunajat kepada Allah sehingga sampai waktu subuh.Pada suatu hari ketika dia sedang bermunajat kepada Allah di satu tanah perkuburan,dia berasa mengantuk lalu tertidur dan di dalam tidurnya dia bermimpi.dalam mimpinya dia melihat semua ahli kubur keluar darikubur dengan memakai pakaian yang cantik bersih serta wajah riang berseri sambil membawa makanan.tetapi dalam kumpulan ahli kubur itu terdapat seorang wajah yang tidak ceria,rambutnya kusut masai seperti orang yang berdukacita.dengan pakaian lusuh ahli kubur tersebut berjalan tunduk sambil menangis malah dia tidak membawa sebarang hidangan pun.


       kemudian semua ahli kubur yang lain kembali ke kuburmasing-masing dengan ceria kecuali ahli kubur yang berdukacita tersebut."wahai pemuda,siapakah engkau dikalangan ahli kubur ini,orang lain semuanya membawa hidangan makanan dan kelihatan ceria tetapi engkau tidak seperti mereka."tanya syeikh thabit 


      maka pemuda itu menjawab"antara semua ahli kubur ini,hanya aku seorang adalah perantau.tidak ada sesiapa yang teringat untuk berbuat baik dan berdoa untukku.ahli kubur yang lain semuanya mempunyai keluarga yang membuat kebaikan dan bersedekah pada setiap malam jumaat yang semua pahala mereka ditujukan pada kubur.sementara aku ini semasa sebelum kematian,sedang aku menunaikan ibadah haji bersama ibuku.setelah masuk ke negeri ini,aku pun mati dan dikuburkan di sini.kemudian ibuku berkahwin dengan seorang lelaki,setelah mendapat suami baru dia terlupa tentang diriku dan langsung tidak berdoa supaya pahalanya sampai kepadaku.kini aku terputus dari rahmat allah dan sentiasa bersedih sepanjang masa."


        syeikh thabit pun berkata"engkau berilah tahu dimana tempat tinggal ibu mu,nanti aku akan cuba sampaikan tentang keadaan dirimu kepadanya."


    pemuda itu memberitahu alamat ibunya dan berkata"kalau ibuku tidak percaya kau beritahulah kepadanya,'wahai ibu,sebenarnya dalam bajumu itu ada wang sebanyak seratus miskal perak,peninglan dari ayah anakmu.,'.setelah berkata begitu pasti ibuku akan mempercayainya.


      tersedar dari mimpi ,syeikh thabit pergi ke alamat ibu pemuda itu untuk melihat adakah benar apa yang diperkatakan oleh pemuda itu tadi.alamat tersebut memang benar terdapat seorang wanita yang mengaku ibu kepada pemuda tadi.syeikh thabit menceritakan keadaan pemuda tersebut di alam kubur dan kemudian menceritakan tentang wang peninggalan suaminya yang diikat dalam bajunya.setelah mendengar cerita dari thabit,wanita itu tersentak dan terdiam kerana terkejut.dia menyerahkah wang seratus miskal itu kepada syeikh thabit menjadi wakilnya untuk disedekahkan supaya menjadi pahala kepada anaknya.


           pada malam jumaat berikutnya syeikh thabit pergi ketanah perkuburan dia tertidur dan bermimpi,kali ini dia melihat pemuda tersebut sudahpun memakai pakaian yang cantik dan berwajah ceria.

1 ulasan: